BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

 

Kemaskini Pada: 27 Mei 2017
Versi 8.0.1
Abang Johari Mahu Jadikan Kapit Pusat Kajian Biodiversiti
Tarikh 26 Apr 2017

Abang Jo has vision to make Kapit as biodiversity research centre

KAPIT, 26 April (Bernama) – Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mahu menjadikan Bahagian Kapit sebagai pusat kajian biodiversiti antarabangsa.

Beliau berkata Kapit mempunyai banyak bahan yang boleh dijadikan ubat-ubatan atau produk bioteknologi lain.

"Kita boleh membawa penyelidik untuk mengkaji pokok, daun, sumber biodiversiti kita," katanya pada majlis makan malam bersama rakyat di Dewan Suarah Kapit malam tadi.

Beliau berkata projek itu adalah wawasan beliau dan  wakil penduduk setempat yang mampu membawa manfaat kepada bahagian itu di samping pembangunan ekonomi lain seperti pelancongan.

Abang Johari berkata ia akan menjadi tugas Agensi Pembangunan Ulu Rajang yang baru dibentuk yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Masing bagi menjadikan hasrat itu sebagai kenyataan dengan memastikan pelaksanaan infrastruktur di Kapit termasuk teknologi maklumat dan komunikasi berjalan lancar.

Beliau berkata dengan sambungan Internet yang baik, para saintis boleh segera berkomunikasi dengan universiti mereka yang akan membolehkan Kapit memasar produk biodiversitinya ke serata dunia.

"Oleh sebab itu saya memperuntuk RM1 bilion bagi menaik taraf perhubungan  Internet kita," katanya.

Pada majlis itu,  Abang Johari turut mengumum peruntukan RM73.9 juta bagi pembinaan Jalan Nanga Menuan sepanjang 10 kilometer sebanyak RM12 juta;  pembinaan Jalan Nanga Ibau/Ulu Sungai Ibau Road sepanjang 10 kilometer (RM12 juta); pembinaan pejabat daerah kecil Merit (RM5 juta);  SJK Min Tak (RM2 juta); SJK Hok Lam (RM500,000); SJK Hock Hua (RM100,000); Gereja Methodist Iban Kapit yang baru (RM5 juta); untuk Persatuan  Kwang Tung, Persatuan Foochow dan tanah perkuburan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (masing-masing (RM2 juta) serta pembinaan jalan Hospital Kapit (RM3.3 juta).

Sementara RM12 juta lagi diperuntuk untuk mencantikkan kolam bunga lily, RM3 juta untuk menaik taraf pusat bandar Kapit, masing-masing RM3 juta dan  RM14 juta bagi pembinaan tebingan air Song dan Belaga.

Sumber Berita: BERNAMA