BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

 

Kemaskini Pada: 27 Mei 2017
Versi 8.0.1
Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) Mantapkan Pembangunan Kapit
Tarikh 25 Apr 2017

KAPIT: Kerajaan negeri menubuhkan sebuah agensi baharu, yang bertanggungjawab untuk merancakkan lagi pembangunan di kawasan Kapit dan Ulu Rejang. Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg berkata, agensi yang diletakkan di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) itu dikenali sebagai Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA). Beliau berkata, URDA akan memberi fokus pada pembangunan di kawasan seluas 38,000 kilometer persegi atau satu pertiga keluasan Sarawak. "Penubuhan agensi baharu ini akan menjadikan pembangunan di kawasan ini menjadi lebih sistematik, terutama dari segi pengurusan pengagihan dana. "Ia juga bertindak untuk mengkoordinasikan pelbagai agensi kerajaan yang terbabit dalam pelan induk pembangunan Kapit. "Ini pendekatan makro kerajaan dalam pembangunan kawasan Ulu Rajang dan ianya lebih fokus," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat pelan pembangunan Kapit di Dewan Suarah Kapit, petang tadi. Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, URDA akan membantu RECODA dalam melaksanakan pelan jangka panjang bagi membangunkan seluruh kawasan Kapit. Penubuhan URDA juga akan mempercepatkan dan memberi impak pada pembangunan sektor agrikultur, pelancongan dan pembangunan fizikal di kawasan berkenaan. "URDA akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing, dibantu lapan lagi individu, termasuk Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi; Timbalan Setiausaha Negeri, Datuk Ismawi Ismuni dan Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Tan Sri Wilson Baya Dandot," katanya.

Sumber Berita: BH ONLINE