BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

 

Kemaskini Pada: 20 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Bahagian Kerja AwamBahagian Kerja Awam

FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN KERJA AWAM

 Bahagian ini menyelaras dan memastikan semua bentuk pembangunan yang diluluskan dikawasan Majlis Daerah Kapit dibina mengikut dan mematuhi perundangan yang berkuatkuasa.  Selain itu, projek pembangunan yang diluluskan oleh KPKT seperti BP1 juga dikendalikan oleh bahagian ini.  Kebanyakan tender dan sebut harga dikendalikan oleh Bahagian Kerja Awam

 Fungsi-fungsi bahagian ini adalah seperti berikut:

  1. Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dibiayai melalui peruntukan Negeri, Persekutuan, Kementerian dan Majlis sendiri.
  2. Mengurus proses dan prosedur tender dan sebutharga bagi projek-projek pembangunan.
  3. Menyelenggara kemudahan awam dan mengawaselia kerja-kerja pembangunan infrastruktur.
  4. Penyelenggaraan kenderaan dan jentera Majlis.
  5. Kawalan pelan-pelan bangunan dan pengeluaran sijil kelayankan untuk menduduki bagi semua bangunan sektor swasta dan pembangunan perumahan di bawah bidang kuasa Majlis.
  6. Pengrusan stor Majlis
  7. Mengindahkan kawasan dengan kerja-kerja landskap di kawasan jagaan Majlis
  8. Membangunkan taman-taman awam dan kanak-kanak, kawasan lapang, taman-taman rekreasi dan kawasan-kawasan landskap.
  9. Pengurusan asset.
  10. Urusetia bagi program Bandar Selamat

 Dengan funsi dan tugas-tugas bahagian ini, harapan untuk membangunkan rasa tanggungjawab kemasyarakatan, pengurusan kemudahan awam dan perkhidmatan infrastruktur dapat direalisasikan.  Disamping itu, perkhidmatan Bandar seperti kawalan bangunan, pemotongan rumput, penyelenggaraan jalan raya dan parit juga dilaksanakan.  Pengindahan kawasan jagaan Majlis melalui penyelenggaraan lanskap sering dijalankan.

 Memandangkan kawasan jagaan Majlis juga termasuk kawasan luar Bandar, pembangunan infrastruktur kepada penduduk luar Bandar juga diutamakan.  Ini disediakan bagi memastikan kualiti kehidupan penduduk di luar Bandar terjamin.  Projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang disediakan di kawasan luar Bandar adalah seperti berikut:

  • Perpustakaan Desa
  • Rumah Tumpangan
  • Jalan Simen
  • Perparitan
  • Tandas Awam
  • Jambatan Kayu
  • Pondok Menunggu
  • Taman Rekreasi
  • Landskap Berbentuk Pokok Bunga Dan Pokok Kayu