BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

 


Kemaskini Pada: 22 Nov 2018
Versi 8.1.2
Piagam PelangganPiagam Pelanggan

Sebagai usaha memberi perkhdimataan yang cekap, tepat dan berkesan, kami warga kerja MAJLIS DAERAH KAPIT dengan penuh iltizam memberi jaminan akan:

1 Memberi respond kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status perlaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
2 Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja
3 Pelan Bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
4 "Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas memenuhi syarat.
5 Semua tuntutan bayaran dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
6 Sampah domestic dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.
7 Buku baru yang diperolehi melalui perolehan Pihak Berkuasa Tempatan dan pinjaman berkelompok diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh (2) bulan dari tarikh penerimaan.
8 Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.
9 Keputusan permohonan lesen perniagaan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
10 Bil Cukai taksiran dihantar kepada pelanggan selewat-lewatnya pada 30 April dan 30 September pada setiap tahun.
11 Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
12 Sekurang-kurangnya 95% pegawai memenuhi jumlah jam latihan selaras dengan arahan pekeliling semasa berkenaan dengan latihan pegawai.
13 Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk/badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan lapan puluh lima peratus (85%) dalam tahuh semasa.
14 Sekurang-kurangnya 85% jumlah projek pembangunan disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan (Ikut jadual / Dahulu jadual)